Friday, June 17, 2011

CiNtA

Semalam,

Aku terjumpa dengan sekuntum bunga mawar,

Ingin ku sunting dengan rasa kasih,

Dan semaikan ia di sudut hati,

Tetapi kosong,

Dalam asyik mengejar mimpi dan impian,

Angin telah membawa diriku,

Jauh terbang tinggi keawangan,

Sedetik hati meronta,

Kalau hadirnya cita tanpa cinta,

Sama sahaja lautan nan terbentang luas,

Tanpa sapa setia si deruan ombak,

Seperti cerahnya lukisan malam,

Tanpa sejuta senyum kerdipan bintang,

Lalu aku mendongak ke kaki langit kecewa,

Mujurlah ada Tuhan yang mengasihi diri ini,

Mendung terasa jiwa melinangkan air mata,

Sedar aku buat selamanya,

Sesungguhnya indah ciptaan manusia,

Perlu lahir di celah pelukan rindu,

Harus hadir di dalam dakapan sayang,

Kerana itu aku senentiasa meyakini,

Kalau suci kamu di sisi kini,

Buat pangganti selembut kasih,

Dalam jiwa nan menyepi.


Rauf Safie

2 / 12 / 2007

Saturday, June 11, 2011

Si Pemuja Jauh

Minta maaf dengan segala kekurangan yang aku miliki,

Jujur hati akui mungkin kelahiran ini tidak sempurna,

Seperti indah angan malammu, selama pernah kamu bermimpi,

Maafkan dari saat pertama pertemuan kita dahulu,

Nyata salah pada aku begitu lemah ketika memahami,

Harusnya tangan lebih sedia menghampiri,

Waktu menyentuh lembut hatimu kasih,

Dan andai diizinkan biar saja aku kembali,

Mengulangi permintaan suci buat kedua kali,

Kerana hati sangat bersungguh ingin memperbaiki,

Dengan apa yang telah terlanjur aku hajati,

"...kalau pun seumur hidup diberikan waktu,

sekadar mahu ku tempuh mencari pengganti dirimu,

percayalah cintaku belum termampu ku temu,

untuk sekurangnya sebegini,seindah kehadiran kamu,

kalau pun sepanjang hayat terpaksa menunggu,

terus melutut sebelum ku mampu mendakap erat cintamu,

maka biarkan untuk selamanya menanti si pemuja jauh,

membisikkan janji walau setengah detik pun yang berlalu,

tidakkan sudi bagi naluri berpaling darimu,

apatah kaki akan terlintas melangkah pergi,

dan merelakan harapan semakin pudar menyepi..."


Rauf Safie
12/06/11