Pesan Rasulullah, bila kita mengasihi seseorang ikhlas kerana Allah, maka kita haruslah mngatakan kepadanya akan kasihnya kita terhadap si dia.
Sunday, March 20, 2011
Kamu Yang Terhebat (31/12/10)
Maafkan andai rasa ini hadir terlewati,
Untuk menyakinkan kamu tentang cinta yang ku miliki,
Demi sisa ruang dperbatasan kita kini,
Andai ada masa untuk aku mendekati,
Andai ada lagi waktu,
Bagi aku kasihi kamu sebelum adanya dia,
Akan aku cintai,
Sepenuh hati yang benar ku berjanji,
Betapa ku bersungguh.
Pintaku pertama kali,
Sudikan aku untuk dirimu dengan panggilan "sayang"..?,
Dan palinglah ke sini saat ku menyebut,
Agar kuat diri mengakui kepercayaan ini,
"Terima kasih Sayang,
dengan begitu seketika berikan padaku peluang,
untuk melihat kamu senyum,
untuk mendengar kamu tertawa,
untuk bermimpikan kamu,
akan terus-teruslah hendak-Nya dengan ceria,
terima kasih Cinta"
Akan tiba suatu hari yang ternanti,
Ada satu hati nan menyambut tangan ku hulur pasti,
Untuk setianya dia tika menggenggam erat,
Pada pelukan cinta yang ikhlas ku beri,
Dan biarkan dari saat pertama itu kelak,
Dan mendatang hari-hariku bersama yang lain,
Tidak lekang dari bibir untuk terus mengagumi,
-Tetap kamu yang terhebat,
pernah suatu ketika dahulu takdir temukan-.
Rauf safie
31/12/10
Menatapmu dikejauhan
Wajah salju wanita yang ku rindu,
Izinkan aku memuja dirimu,
Walau cuma hati ini sahaja yang tahu,
Betapa di dasar naluri amat menyintai dirimu,
Sungguh kehadiran kamu di sisi ini dulu,
Terlalu berbeza indahnya jika terpaksa,
Bagiku bandingkan dengan seribu jelita dunia,
Sungguh padanya diriku,
Suci kamu dalam titip-titip pertemuan kini,
Telahpun melebihi,
Sejuta malaikat di kaki langit membiru..."
"...Gementar untuk aku mendekati,
Apatah lagi mahu memeluk tubuh,
Lalu membisikkan sejujur kata rindu,
Ada ketika terasa jemari ini,
Ingin sekali membelai lembut dipipimu,
Tapi takut pula dalam kelembutan itu,
Akan mengguris gebu kapas senyumanmu,
Ingin ku mengucup rindu pada dahimu,
Tetapi takut-takut dalam kerinduan bisa melukai,
Jernihnya lukisan ketenangan,
Di raut wajahmu nanti..."
"...Aku rela dalam menunggu,
Walau untuk sejuta tahun akan terus saja berlalu,
Aku tegar dalam menemani,
Bunga nan sepi bagi berkurun lamanya lagi,
Kerana terasa warna-warna selesa,
Meski lelah diri menyayangi dirimu tadi,
Dan kalaupun sebenarnya aku tahu,
Bukan jasad ini yang bersemi,
Di dalam hatimu pasti..."
"...Kerana bagiku kamu ternyata hanya,
Seorang insan nan biasa,
Tetapi yang telah hadir,
Dari permai si kayangan syurga,
Biarlah aku terus begini kekasih,
Dalam redup bintang malam,
Dirimu akan terus untuk aku rindu,
Dan cukuplah yang terakhir kali ini,
Ingin kutatap senyuman di manis keindahanmu,
Maka bagiku akan tiada lagi erti cinta,
Yang dapat sekali lagi,
Untuk aku cari ganti..."
Rauf Safie
PeRGiLaH cIntA DKau pErGi
"...Saya tidak pasti,
Adakah boleh saya untuk terus ceria seperti diri saya yang sebelum ini,
Dan saya sendiri tidak mengetahui lagi,
Bagaimanakah caranya bagi menjadi seorang yang ceria,
Bila cinta dalam diri awak tidak lagi untuk saya miliki.
Tetapi,
Kalau awak boleh berjanji untuk terus gembira,
Disetiap langkahan yang akan awak lalui selepas perpisahan kita ini,
Saya senentiasa pastikan supaya awak tahu,
Saya juga di sini akan merasa ceria atas kegembiraan yang awak rasa.
Cukuplah untuk saya tahu dan melihat awak dalam keadaan gembira,
Maka ianya lebih daripada apa pun didunia ini untuk membuatkan saya berasa sangat ceria.
Jagalah diri baik-baik bila kita berjauhan,
Kerana mahu sekali saya temui dengan wanita bernama "awak" dihari muka,
Sama seperti yang telah saya kenali seketika tadi,
Insan yang sangat memahami perasaan orang disekeliling dirinya,
Tetap manis dikala suka mahupun duka,
Dan penyayang pada rakan-rakan yang lain.
Simpan titip-titip kata yang telah saya luahkan pada awak dahulu,
Dakap kemas dalam hati.
Dengan apa yang telah kita lalui sekarang ini,
Cuma ada satu perkara sahaja yang termampu untuk saya janjikan lagi,
-Janji untuk setia menemani disisi,
Saat awak memerlukan saya,
Buat disuatu hari nanti-..."
Maaf, pergilah menjauh (19/03/11)
Sedar bila pun ku tak mahu mengerti,
Saat mana pun ku takkan sudi memahami,
Maaf ku pohon jangan kamu lupai,
Harapan agar kamu bisa aku cintai,
Maaf betapa ku tak mampu,
Berhenti tahu akan pertama sapaan darimu,
Maaf ku tak mahu kamu tolak terbuang,
Akan indahnya kini hadiran cinta,
Maaf ku tak sanggup bangun dari tidur,
Tanpa temui bisikkan hari-hari mu,
Maaf untuk bersungguh kembalilah kasih padaku,
Kerna aku sangat mencintai kamu.
Aku memang telah lelah untuk terus menunggu,
Nyata lemah tika lemas di keruangan rindu,
Dalam berharap sedetik lagi ku mampu melutut,
Kerana bila berdiri kaki terasa semakin rapuh,
Harap nya cuma sesaat lebih bernafas ku tahu,
Kerana degupan jantung tanpamu semakin sayu,
Dan nyata aku mati,
“Maaf” – disaat kamu pintakan,
“Awak harus pergi tinggalkan saya menjauh”.
Rauf Safie
19/03/11