Friday, June 17, 2011

CiNtA

Semalam,

Aku terjumpa dengan sekuntum bunga mawar,

Ingin ku sunting dengan rasa kasih,

Dan semaikan ia di sudut hati,

Tetapi kosong,

Dalam asyik mengejar mimpi dan impian,

Angin telah membawa diriku,

Jauh terbang tinggi keawangan,

Sedetik hati meronta,

Kalau hadirnya cita tanpa cinta,

Sama sahaja lautan nan terbentang luas,

Tanpa sapa setia si deruan ombak,

Seperti cerahnya lukisan malam,

Tanpa sejuta senyum kerdipan bintang,

Lalu aku mendongak ke kaki langit kecewa,

Mujurlah ada Tuhan yang mengasihi diri ini,

Mendung terasa jiwa melinangkan air mata,

Sedar aku buat selamanya,

Sesungguhnya indah ciptaan manusia,

Perlu lahir di celah pelukan rindu,

Harus hadir di dalam dakapan sayang,

Kerana itu aku senentiasa meyakini,

Kalau suci kamu di sisi kini,

Buat pangganti selembut kasih,

Dalam jiwa nan menyepi.


Rauf Safie

2 / 12 / 2007

1 comment:

alyea said...

wah rauf..pndai wat sjak..ak follow blog ko..law sudi follow la blog ak gak ea..=)