Sunday, March 20, 2011

PeRGiLaH cIntA DKau pErGi

"...Saya tidak pasti,

Adakah boleh saya untuk terus ceria seperti diri saya yang sebelum ini,

Dan saya sendiri tidak mengetahui lagi,

Bagaimanakah caranya bagi menjadi seorang yang ceria,

Bila cinta dalam diri awak tidak lagi untuk saya miliki.

Tetapi,

Kalau awak boleh berjanji untuk terus gembira,

Disetiap langkahan yang akan awak lalui selepas perpisahan kita ini,

Saya senentiasa pastikan supaya awak tahu,

Saya juga di sini akan merasa ceria atas kegembiraan yang awak rasa.

Cukuplah untuk saya tahu dan melihat awak dalam keadaan gembira,

Maka ianya lebih daripada apa pun didunia ini untuk membuatkan saya berasa sangat ceria.

Jagalah diri baik-baik bila kita berjauhan,

Kerana mahu sekali saya temui dengan wanita bernama "awak" dihari muka,

Sama seperti yang telah saya kenali seketika tadi,

Insan yang sangat memahami perasaan orang disekeliling dirinya,

Tetap manis dikala suka mahupun duka,

Dan penyayang pada rakan-rakan yang lain.

Simpan titip-titip kata yang telah saya luahkan pada awak dahulu,

Dakap kemas dalam hati.

Dengan apa yang telah kita lalui sekarang ini,

Cuma ada satu perkara sahaja yang termampu untuk saya janjikan lagi,

-Janji untuk setia menemani disisi,

Saat awak memerlukan saya,

Buat disuatu hari nanti-..."

No comments: